Saturday, 24 December 2011

Ledakan kecemarlangan.(Maksud Tawakal Sebenarnya)

Tawakal berkait rapat dengan pergantugan hati kepada Tuhan.Tuhan menjamin kecemerlangan dan kejayaan kepada mereka yang bertawakal kerana dalam surah Ali Imran ayat 159 Tuhan telah menyatakan,"Sesungguhnya Tuhan mengasihi mereka yang bertawakal."Justeru,apabila ada di kedai ataupun pejabat kita ayat-ayat pelaris,tangkal ataupun yang seumpamanya,buanglah semua benda itu dan gantikan dengan pergantungan kepada tuhan.Pejam mata kita dan berzikirlah kepada tuhan semasa dilanda keluh kesah kerana antara punca manusia gagal bertawakal adalah melayani perasaan keluh kesah yang di tiupkan oleh syaitan.Hal ini disebutkan oleh Tuhan dalam surah al-Baqarah ayat 268 yang bermaksud,"Syaitan menjanjikan kemiskinan(kepada manusia)dan menyuruh mereka mengerjakan perbuatan yang keji sedangkan Allah menjanjikan mereka keampunan dan kurniaan dari sisiNya."
Apabila manusia yakin dengan janji-janji Tuhan,tawakal akan memenuhi hati,dengan itu,datanglah ketenangan hati dan kecemerlangan.Allahuakhbar.