Thursday, 1 March 2012

PERLAKUAN DEVIAN DIKALANGAN PELAJAR.

Perkembangan mutakhir, terutamanya menjelangnya era globalisasi pada abad ke
21, telah memperlihatkan gejala yang melanda negara berhubung dengan disiplin para
remaja. Berbagai pihak telah mengeluarkan hujah-hujah mereka untuk melepaskan diri
daripada tuduhan kegagalan mendisiplinkan para remaja terutamanya yang berada di
bangku sekolah.
Masyarakat hari ini sedang dilanda kebingungan dengan fenomena keruntuhan
akhlak di kalangan remaja. Pelbagai persoalan ditimbulkan. Apakah pihak sekolah selaku
institusi pendidikan gagal menangani masalah itu? Bagaimana pula peranan ibu bapa dan
keluarga? Bagaimanakah remaja boleh bertingkah laku sedemikian? Apakah punca yang
membawa kepada berlakunya fenomena tersebut?
Walaupun pelbagai peraturan dan disiplin telah ditetapkan oleh pihak sekolah,
namun perbuatan salah laku pelajar tetap berlaku. Antara masalah yang begitu ketara
ialah berkaitan dengan tingkah laku devian dan delinkuen di kalangan pelajar remaja.
Menurut laporan akhbar, jumlah kes yang dilaporkan meningkat dari semasa ke semasa
tidak mengira kawasan, sama ada di kawasan bandar atau luar bandar, pinggir bandar dan
sebagainya. Antaranya laporan akhbar menyatakan bahawa kes gengsterisme di Pulau
Pinang semakin meningkat daripada 72 kes sepanjang tahun 1997 kepada 114 kes
sehingga pertengahan Mei 1998 (The Star, 21 Mei 1998). Begitu juga dengan kes pecah
rumah dan mencuri motosikal yang dilakukan oleh pelajar sekolah menengah. Sepanjang
empat bulan dalam tahun 1998, dilaporkan terdapat 237 kes dilakukan oleh pelajar di
daerah Ampang, Selangor. Ini hanyalah sebahagian daripada kes-kes yang dilaporkan
dalam akhbar dan terdapat banyak lagi kes-kes salah laku pelajar yang tidak dilaporkan
dan didedahkan kepada umum. Antara kes-kes delinkuen yang sering dilakukan oleh


pelajar remaja ialah seperti bergaduh, memukul, mencabul, merogol, samun, penagihan
dadah dan pil ecstassy, buli, terlibat dalam gengsterisme dan sebagainya.
Kumpulan pelajar ini seolah-olah telah hilang pertimbangan diri dan kewarasan
fikiran. Mereka bertindak sesuka hati dan nyata perbuatan mereka terkeluar dari normanorma
masyarakat tanpa mampu memikirkan kesan-kesan di sebalik perbuatan mereka.
Sekolah adalah satu tempat menimba ilmu, tetapi bagaimanakah kesannya nanti jika
pelajar-pelajar yang dihasilkan merupakan individu-individu yang runtuh akhlaknya.
Kadar jenayah dan masalah sosial yang semakin meningkat, khususnya di kalangan
remaja dan pelajar sekolah bukan sahaja membimbangkan ibu bapa yang mempunyai
anak-anak yang bersekolah, tetapi ia turut memberi impak terhadap kredibiliti sekolah
sebagai agen kawalan sosial yang seharusnya berperanan dalam pembentukan moral dan
tingkah laku generasi muda (Azizi, et.al, 2005). Bagi golongan yang terlibat dalam gejala
negatif ini sudah tentunya mempunyai sebab-sebab tersendiri mengapa mereka
berkelakuan demikian.
Menurut Hall (1904), remaja adalah masa yang penuh dengan kekeliruan,
kesedihan dan konflik. Oleh itu, adalah penting bagi orang dewasa khususnya
ibu bapa, pendidik dan ahli masyarakat untuk mengikuti perkembangan remaja.
Mereka wajar membantu remaja agar mengelakkan diri dari terjebak dengan
kegiatan yang negatif. Pelajar-pelajar remaja akan mudah terpengaruh dan suka
mengabaikan pelajaran jika tidak dikawal atau kurang perhatian. Akhirnya ini
akan menghasilkan remaja yang tidak produktif seperti melepak, mencuri, ponteng
sekolah dan terlibat dengan pelbagai gejala sosial.
Perkembangan remaja amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Persekitaran yang
terdekat dan terpenting buat remaja ialah keluarga mereka. Mengikut Hoffman (1996),
keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan
pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam
alam dewasa. Kajian-kajian terdahulu di Malaysia dan di barat telah menunjukkan
bahawa hubungan kekeluargaan yang baik telah dikaitkan dengan kesejahteraan hidup
remaja dari aspek-aspek kepuasan hidup, konsep kendiri, tingkah laku seks, dan
pencapaian akademik (Fatanah, 1997).

Dapatan kajian oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
(1993), merujuk punca salah laku di kalangan pelajar disebabkan oleh pelbagai
faktor. Faktor keluarga merupakan penyumbang tertinggi dalam peningkatan tingkah laku
devian dan anti sosial. Kajian yang telah dijalankan pada tahun 1993, menunjukkan
bahawa 81.03 peratus pelajar melakukan kesalahan kerana faktor kekeluargaan, 4.10
peratus disebabkan oleh rakan sebaya dan 1.24 peratus disebabkan oleh faktor
persekolahan (Dewan Masyarakat, April, 1995).

OPSS KITA SAMBUNG LAIN KALI.....SALAM SAYANG UNTUK SEMUA....SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SENTIASA... SALAWAT  DAN SALAM KEPADA NABI MUHAMAD S.A.W ..AMEEN..

Thursday, 5 January 2012

5 Tips Menetapkan Azam Mengikut Ajaran Islam

Ada banyak cara bagaimana untuk menetapkan azam tahun baru. Ada yang kata ia perlu sesuai dengan aliran semasa, perlu ngam dengan kapasiti Anda. Ada orang kata, azam kena realitik, bukan sekadar fantasi.
Bagi kita yang beragama Islam, wajarlah kiranya kita menetapkan azam sesuai dengan ajaran Islam.
Berikut adalah senarai 5 tips ringkas bagaimana menetapkan azam tahun baru, sesuai dengan ajaran Islam yang menjadi pegangan kita.
1. Niatkan Azam Itu Kerana Allah.
Niatkan azam Anda kerana Allah. Anda mahu capai azam yang Anda set kerana Allah. Tanamkan kepercayaan yang DIA mahu melihat Anda menjadi muslim serta muslimah berjaya supaya dengan kejayaan itu, Anda boleh ajak muslim dan dan muslimah lain untuk berjaya seperti Anda. Andalah menjadi bukti bahawa kejayaan adalah possible, bukan impossible. Anda menjadi bukti Allah buka jalan kepada sesiapa saja yang berusaha.

2. Anggap Kerja Keras Ke Arah Pencapaian Azam Sebagai Ibadah.
Usaha memburu kejayaan sebenarnya satu ibadah, yakni ibadah sunat. Tiap kali berusaha, niatkan kerana Allah supaya apa yang Anda buat menjadi ibadah. Moga apa yang Anda lakukan di balas dengan pahala, sebab menjadi ibadah. Moga dengan itu, jalan untuk Anda berjaya dipermudahkan, tanda keredhaan Allah kepada usaha Anda. Bekerja dan berusaha untuk mencapai apa jua azam adalah cara untuk Anda mendekati Tuhan. Tanpa niat, apa yang Anda lakukan tidak menjadi ibadah.
3. Lebihkan Hablum Minannas, Jangan Kurangkan Hamblum Minallah.
Apa yang jua yang Anda capai,pastikan Anda mendahulukan Yang Maha Esa. Berbaktilah kepada orang sekeliling supaya dengan itu Anda mendapat redha Allah. Set azam untuk berbakti kepada insan di sekeliling Anda. Erti takwa yang sebenar adalah rasa terdorong untuk berbakti kepada orang sekeliling sebanyak mungkin (hablum minannas) dalam masa yang sama tetap menjaga hubungan erat dengan Tuhan (hablum minallah). Pastikan azam Anda tu mendorong Anda untuk berbakti kepada orang sekeliling, supaya jalan untuk Anda mencapai azam Anda dibuka serta dipermudahkan.
4. Set Untuk Kebaikan Bersama.
Apa jua yang Anda mahu capai sebagai azam Anda, niatkan untuk kebaikan bersama bukan untuk kepentingan peribadi Anda seorang. Islam galakkan kita buat sesuatu untuk kebaikan bersama Anggap kejayaan yang Anda mahu capai adalah untuk kebaikan bersama. Jika Anda mahu menjadi suami cemerlang, niatkan untuk kebahagiaan isteri Anda dan untuk anak-anak Anda. Jika Anda mahu berjaya dalam perniagaan, niatkan kejayaan itu untuk kebaikan Anda, keluarga Anda dan untuk kebaikan pelanggan-pelanggan Anda. JIka Anda mahu berjaya dalam pekerjaan, niatkan untuk kebaikan Anda bersama rakan-rakan Anda, bukan bangga kerana Anda lebih berjaya daripada mereka.
5. Elak Dikuasai Ego, Elak Merasa Diri Lebih Bagus.
Jangan set azam semata-mata untuk menunjuk-nunjuk. Jangan set azam semata-mata untuk bermegah. Jangan set azam Anda pada orang simply untuk membuat mereka kagum pada Anda. Amalkan 4 tips di atas langkah demi langkah . Anda akan mempunyai dorongan motivasiuntuk bergerak mencapai azam Anda. Tapi jika azam tu di set hanya untuk menunjuk-nunjuk, untuk bermegah, untuk bermewah-mewah, usaha Anda ke arah azam itu akan mengalami kesukaran.
Anda tak akan ada motivasi. Anda akan hilang semangat, hilang inspirasi. Anda akan tertekan. Anda tak mencapai satu apapun, Anda akan gagal, usaha lagi, gagal lagi. Jika Anda kerap gagal, pasti ada ‘something wrong’ dengan nawaitu Anda. Mungkin Anda mahu berjaya sebab Anda nak menunjuk-nunjuk kehebatan dengan rasa megah, bukan untuk berbakti.